UBAT MELALUI POS MEMANFAATKAN 87,000 PESAKIT SETIAP BULAN

Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil bersama-sama Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad melancarkan pembiayaan inisiatif Ubat Melalui Pos (UMP) pada hari Selasa, 29 September 2026 di Menara Komunikasi.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi inisiatif ini, kos penghantaran ubat susulan bagi pesakit yang layak akan ditanggung sepenuhnya selama setahun mulai 1 Oktober 2026, sekali gus memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.

Inisiatif ini memanfaatkan 87,000 pesakit setiap bulan di seluruh negara dengan anggaran kos penghantaran sebanyak RM5 juta. MCMC akan menyelaras pelaksanaannya, manakala urusan penghantaran dilaksanakan oleh Pos Malaysia Berhad dan KKM bertanggungjawab terhadap kelayakan pesakit serta penyediaan bekalan ubat-ubatan.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad; Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali serta Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar Syed A.R Albar.

260929 ubat

Foto:

MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT

Cetak