MENTERI KOMUNIKASI SERTAI PROGRAM MAIPS PEDULI BERSAMA-SAMA DYTM RAJA MUDA PERLIS
Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah menyertai Program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama-sama DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada hari Sabtu, 26 September 2026 di Kampung Warna Warni, Seberang Permai, Kuala Perlis.
Program ini merupakan inisiatif khidmat masyarakat dan kebajikan utama MAIPs yang dilaksanakan bagi mendekati serta menyantuni masyarakat, di samping menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf dalam usaha meringankan beban dan memperkasa kesejahteraan komuniti.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Dato' Noor Azman Abdul Rahman; Ketua Perubatan Jabatan Am Hospital Tuanku Fauziah, Datuk Seri Dr. Paras Doshi; serta Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Norrazlina Nordin.

Foto:
ROSDIN SABNI




