PROGRAM MADANI KITA INISIATIF KERAJAAN DEKATKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT DI PERLIS
Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah menghadiri Program MADANI Kita (PMK) 2026 Kangar pada hari Sabtu, 26 September 2026 yang berlangsung di Dewan Warisan, Kangar, Perlis.
Program yang menghimpunkan lebih 3,000 pengunjung ini merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat menerusi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan secara langsung, termasuk Jualan RAHMAH, kaunter perkhidmatan kerajaan, saringan kesihatan serta pelbagai aktiviti komuniti.
YB Dato’ Seri Fahmi turut menyampaikan Bakul RAHMAH kepada 100 penerima sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat.
Turut hadir, ADUN Indera Kayangan, YB Gan Ay Ling serta Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad.

Foto:
ROSDIN SABNI




