Jawatankuasa Kelulusan Projek ICT Kementerian Komunikasi
Pengenalan
1. Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Komunikasi (KK)
- Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) berperanan untuk merancang, menyelaras, menilai, melulus dan memantau permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT bagi Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya termasuk projek ICT yang dilaksanakan secara in-house;
- JPICT bertanggungjawab memantau projek ICT yang dilaksanakan di peringkat Kementerian dan Agensi di bawah seliaannya serta melaporkan status kemajuan projek projek ICT kepada Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT Sektor Awam (JPPI) secara berkala dan mengambil tindakan mengikut kontrak perjanjian yang dipersetujui;
- semua permohonan kelulusan teknikal projek ICT di peringkat bahagian / jabatan / agensi hendaklah melalui JPICT Kementerian mengikut had nilai yang ditetapkan bagi mendapatkan kelulusan teknikal sebelum projek dilaksanakan;
- kelulusan teknikal adalah pra syarat kepada permohonan kelulusan Peruntukan Pembangunan (DE), Peruntukan Mengurus (OE) atau projek ICT yang dilaksanakan melalui Kerjasama Awam Swasta (PPP) di bawah program Private Finance Initiative (PFI); dan
- projek-projek ICT milik syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan/ Government- Linked Investment Companies (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Government- Linked Companies (GLC) merupakan Badan Tidak Berkanun tidak perlu diangkat untuk kelulusan JPICT Kementerian.
2. Sesi Pra Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Komunikasi (KK)
Sesi Pra JPICT KK diwujudkan bagi memproses dan menyemak permohonan perolehan ICT yang dikemukakan oleh bahagian, unit, jabatan dan agensi di bawahnya sebelum dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian. Sesi Pra JPICT ini akan dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) merangkap Chief Digital Officer (CDO) Kementerian atau Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat selaku Ketua Urus Setia JPICT mengikut masa dan persetujuan kedua-duanya.
Keahlian

Terma Rujukan
JPICT bertujuan memastikan perancangan dan pelaksanaan program pendigitalan kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya dijalankan selaras dengan dasar pendigitalan / ICT kerajaan berdasarkan terma rujukan seperti yang berikut:
i) menetapkan hala tuju dan strategi untuk pembangunan dan pelaksanaan projek ICT Kementerian Komunikasi;
ii) mengesahkan cadangan sumber seperti kepakaran, tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan projek ICT bahagian, jabatan dan agensi di bawahnya;
iii) merancang, menyelaras dan menyeragamkan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT bahagian, jabatan dan agensi di bawahnya supaya selaras dengan Pelan Strategik Kementerian/Jabatan/Agensi, Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/Jabatan/Agensi, Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) atau pelan yang setara;
iv) menilai dan melulus semua cadangan perolehan ICT bahagian, jabatan dan agensi di bawahnya berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan;
v) menyelaras dan mengemukakan kertas cadangan perolehan ICT bagi bahagian, jabatan dan agensi di bawahnya kepada JTISA untuk kelulusan teknikal berdasarkan had nilai yang ditetapkan;
vi) memastikan pelaksanaan projek ICT dipantau dan dilaporkan melalui sistem yang disediakan oleh JDN;
vii ) mempromosi dan menggalakkan perkongsian pintar aplikasi ICT antara bahagian, jabatan dan agensi di bawahnya;
viii) meluluskan dasar/aktiviti keselamatan ICT Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya; dan
ix) memastikan keselarasan projek ICT agar tiada duplikasi dan pembaziran.
Takwim Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Komunikasi
- Takwim JPICT KK adalah seperti yang berikut:

2. Pertimbangan mesyuarat tambahan khas (JPICT Khas) pada tarikh yang ditentukan oleh YBhg. Pengerusi.
3. Tarikh dan masa mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan & jumlah permohonan diterima.
4. Sesi Pra JPICT akan diadakan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh JPICT tertakluk kepada permohonan yang diterima.
Tempoh Permohonan JPICT Kementerian Komunikasi
1. Permohonan perolehan projek ICT untuk kelulusan JPICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya.
2. Permohonan perlu dikemukakan kepada Urus Setia JPICT Kementerian melalui e-mel operasibpm[@]komunikasi[.]gov[.]my menggunakan templat seperti yang berikut:
|
BIl. |
Templat |
Kumpulan Sasar |
Muat Turun Templat |
|
(i) |
Templat Slaid Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT JPICT Kementerian/Templat JTISA (>RM200,000.00) |
Bahagian / Jabatan / Agensi di bawah KK |
|
|
(ii) |
Templat Borang Kelulusan Teknikal Projek ICT Kementerian (<RM200,000.00) |
Bahagian di bawah KK |
Format Kertas Kelulusan Teknikal ICT_Bawah RM200K KK - Julai 2025.docx |
3. Semua permohonan perlu memastikan maklumat adalah lengkap dengan mengambilkira perkara yang berikut:
- mempunyai objektif, skop, keperluan bisnes dan teknikal yang jelas;
- memastikan cadangan projek mengambil kira perkhidmatan digital bersepadu (Whole of Government (WoG));
- pemilik projek / jabatan pengguna perlu memastikan spesifikasi dan kos setiap item perkakasan / perisian / perkhidmatan diperincikan; dan
- melaksanakan kajian pasaran terkini sekurang-kurangnya dengan tiga (3) syarikat. Tempoh sah tawaran harga oleh pembekal hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan sebelum tarikh mesyuarat JPICT;
4. Semua inisiatif pendigitalan sama ada menggunakan sumber kepakaran dalaman (inhouse) atau sumber kepakaran luaran (outsource) perlu mendapat perakuan Mesyuarat Pasukan Digital Sektor bagi mengklasifikasikan inisiatif tersebut di bawah Whole of Government (WoG) atau Agensi Spesifik. Permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun secara dalam talian melalui pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe_qPiGVe3gAmdNAbPF6avzY36kBeG5Wz8Tkihin1E2F28uYQ/viewform dan perlu dilampirkan Kertas Cadangan Projek bagi Mesyuarat Pasukan Digital Sektor menggunakan templat yang disediakan (Templat Baru Slide Pembentangan Kertas Cadangan Projek bagi Mesyuarat Pasukan Digital Sektor 19 Disember 2025.pptx).
5. Semua permohonan perolehan ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) melalui pautan https://profit.jdn.gov.my/ setelah disahkan oleh Urus Setia JPICT Agensi selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat JPICT KK.
Keperluan Pematuhan Terhadap Arahan CGSO Dan NACSA Sebelum Kelulusan Teknikal Projek ICT
Semua bahagian, jabatan dan agensi di bawah KK perlu mendapatkan ulasan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sebelum kelulusan teknikal projek ICT mengikut perkara seperti yang berikut:
i) merujuk Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017), Kementerian/Agensi hendaklah mendapatkan ulasan CGSO bagi skop projek perolehan perkakasan ICT, pembangunan sistem, perolehan perisian, perolehan peralatan rangkaian, perkhidmatan ICT (kecuali kajian perunding secara outsourcing) dan perkhidmatan pengkomputeran awan; dan
ii) Kementerian/Agensi hendaklah mendapat ulasan daripada NACSA bagi permohonan kelulusan teknikal yang melibatkan keselamatan siber.
Pekeliling / Garis Panduan / Arahan / Rujukan Yang Berkuat Kuasa
|
Bil |
Pekeliling |
Muat Turun / Pautan |
|
1 |
Surat Pekeliling Am Bilangan 7 Tahun 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam |
|
|
2 |
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.1, Lampiran 2.27: Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan Information Telecommunication Technology (ICT) Kerajaan |
|
|
3 |
Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan Permohonan Projek Pembangunan Tahun 2026-2030 (GP RMK13) |
|
|
4 |
Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan Dan Perolehan Projek ICT bagi RMK13 |
Surat Edaran Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan Perolehan Projek ICT RMK13.pdf |
|
5 |
Pelaksanaan Projek ICT Sektor Awam (Pembatalan Surat Pemantapan Pengurusan Projek ICT Bertarikh 16 Julai 2024) |
|
|
6 |
Surat Tatacara Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT bagi RMK13 Rolling Plan 1 (RP1) Tahun 2026 |
Surat Tatacara Pelaksanaan Tatakelola Projek ICT Bagi RMK13 RP1-2026 |
|
7 |
Surat Tatacara Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan Dan Perolehan Projek ICT Bagi RMK13 Rolling Plan 2 (RP2) Tahun 2027 |
Surat Tatacara Pelaksanaan Tatakelola Projek ICT Bagi RMK13 RP2-2027.pdf |
|
8 |
FAQ Surat Arahan Penamatan Arahan Pemantapan |
|
|
9 |
Maklumat Lanjut JTISA dan FAQ Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek ICT Sektor Awam (JTISA) |
https://www.jdn.gov.my/jawatankuasa-teknikal-ict-sektor-awam-jtisa/ FAQ Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek ICT Sektor Awam – JTISA.pdf |
|
10 |
FAQ Tatakelola Pengurusan Dan Perolehan Projek ICT Bagi RMK13 |
|
|
11 |
FAQ Pendekatan Keseluruhan Kerajaan (WoG) (kemas kini 17 November 2025) |
|
|
12 |
Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam |
Pindaan PK 2.6 - Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam.pdf |
|
13 |
Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864] |
|
|
14 |
Polisi Pendigitalan Data Sektor Awam |
|
|
15 |
Repositori Dasar Jabatan Digital Negara (JDN) |
|
|
16 |
Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam |
https://www.jdn.gov.my/garis-panduan-pengadaptasian-ai-sektor-awam/ |
|
17 |
Dokumen Standard Reka Bentuk Pembangunan Sistem |
|
|
18 |
Garis panduan PPrISA (Pengurusan Projek ICT Sektor Awam) 2.0 |
https://sqa.jdn.gov.my/index.php/ms/garis-panduan/garis-panduan-pengurusan-projek-ict-prisa |
|
19 |
Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam KRISA |
https://sqa.jdn.gov.my/index.php/ms/garis-panduan/garis-panduan-pembangunan-aplikasi-krisa |
|
20 |
Katalog Anggaran Harga ICT Sektor Awam |
|
|
21 |
Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) 2026 - 2030 |
|
|
22 |
Pelaksanaan Urusan Pentadbiran Rasmi Secara Digital Sepenuhnya Berkuat Kuasa 9 Februari 2026 |
Surat Pelaksanaan Urusan Pentadbiran Rasmi Kerajaan Secara Digital 07022026.pdf |
Format Rujukan
Maklumat Perhubungan
Sebarang pertanyaan berkaitan boleh diajukan kepada Urus Setia JPICT KK melalui e-mel operasibpm[@]komunikasi[.]gov[.]my.




